
Baru2 nih,sy telah menonton filem 'terminator salvation' arahan pengarah filem terkemuka McG..keseluruhan filem tersebut adalah amat menarik serta penuh dengan adegan aksi serta amat berbaloi untuk ditonton di pawagam.Namun sy agak terkilan kerana ketika filem sedang ditayangkan,sy terlelap selama 15minit kerana keletihan (sy menonton tayangan lewat malam ).aahh,amat rugi sy rasa kerana terlelap selama 15 minit.
Apa yg ingin sy perkatakan di sini ialah berkaitan mesej yg ingin disampaikan oleh filem tersebut.Bg pendapat sy,filem 'terminator salvation' ingin memberi gambaran kepada kita bahawa teknologi A.I (artificial intelligence) akan membawa keburukan sekiranya tidak dikawal.Apabila robot mempunyai kepintaran setaraf manusia,maka kesan buruk pasti akan berlaku kerana mereka hanyalah robot (tidak sesempurna seperti manusia - manusia mempunyai akal fikiran serta dpt membezakan baik dan buruk sesuatu perkara).
Negara-negara maju ketika ini cuba membangunkan teknologi sedemikian..samada untuk menyelesaikan masalah hidup manusia (atau mungkin juga berperanan sebagai mesin peperangan pada masa hadapan).Salah satu kemajuan dlm dunia robotik yg dpt kita saksikan ketika ini ialah Asimo,robot yg tercipta hasil penyelidikan syarikat multimilionaire dlm dunia automotif,HONDA..Melihat kepada kemajuan teknologi yg telah dicapai oleh HONDA melalui projek Asimo itu,ramai yg berpendapat robot sedemikian akan lebih membantu hidup manusia pada masa depan (mungkin menjadi pelayan di restoran,pekerja hotel dll yg memungkinkan tahap pengganguran meningkat).Dari aspek lain,mungkin kehidupan manusia akan bertambah mudah (juga menyebabkan manusia menjadi lebih malas utk melakukan sebarang aktiviti,hatta menukar saluran di televisyen pun memerlukan robot utk melakukannya).
Cukupla review sy berkaitan dunia robotik 'terminator salvation'..baik dan buruk sesuatu perkara itu bergantung kepada manusia itu sendiri..Bukan niat sy utk mengkritik,cuma memberi pandangan serta membuka minda kita semua..
fikirkan...
No comments:
Post a Comment